Thursday, June 19, 2014

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PUASA?



                            APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PUASA?
Puasa dari segi bahasda harfiyah ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu,samada makan minum dan sebagainya.
Sementara puasa dari segi aspek hukumsyarak ialah menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak dibenarkan dalam agama seperti makan,minum dan sebagianya bermula dari masa terbit fajar sadiq(subuh) hingga terbenam matahari iaitu pada waktu maghrib dengan berniat serta mematuhi pra-syarat tertentu.
Kepada umat islam yang sedang menjalankan ibadah puasa dinasihatkan agar selalu berbuat kebaikan dan menjaga hal-hal yang mungkin merosakkan pahala puasa.Mampu menambah rasa ketaqwaa kita kepada  Allah s.w.t kerana berpuasa mempunyai pelbagai rintangan dan cabaran .Andainya cabaran-cabaran terbabit dapat ditanggani,iainya banyak mempunyai pulangan berupa pahala dan maghfirah,janji daripada Allah.sebagaimana yang dijelaska oleh allah dalam firmanya


Cabaran amalan puasa
Sudaraku muslimin dan muslimat
1.puasalah Ramadan  dengan penuh keimanan dan keiklasan kerana allah taala,agar kita  mendapatkan keampunan  daripada segala dosa-dosa  yang  kita lakukan.

2.ingatlah bahawa jika engkau berbuka (tidak berpuasa) sehari daripada bulan Ramadan tanpa uzur,maka sesungguhnya ia termasuk dalam ketegori dosa-dosa besar.

3.hidupkanlah suasana malam-malam Ramadan,dengan solat terawih dan tahajud, Qiamullai . Kerana ada satu  malam yang paling Istimewa didalam bulan Ramadan  iaitu pada malam lailatul-Qadar dengan penuh keimanan dan keiklasan agar diampunkan bagimu dosa-dosamu yang lalu.

4.pastiknlah makanan,minuman dan pakaianmu adalah halal..Agar diterima segala amalanmu ,mustajab doamu serta waspadalah bahawa engkau berpuasa itu adalah amalan halal dan janganlah pula kemudiannya engkau berbuka dan bersahur dengan perkara-perkara yang haram.

5 hendklah engkau berbuka bersama-sama dengan sebahagian orng-orang yang berpuasa,untuk mendapatkan pahala seumpama pahala mereka.

6  peliharalah solat fardu yang lima waktu sehari semalam,seeloknya berjemaah di surau dan masjid,bagi mecapai pahala-pahalanya dan agar menerusinya engkau dipelihara oleh allah s.w.t.

7 banyakkanlah bersedekah.Maka sesungguhnya seafdal-afdal sedekah adalah sedekah di dalam bulan Ramadan.   

8.janganlah engkau mengsia-siakan masa yang disediakan,tanpa melakukan amalan soleh(kerja baik).Maka sesungguhnya  kita akan dipersoalkan  dan dihisab  mengenainya serta akan dibalas tentang apa yang engkau lakukan  pada waktu-waktu yang disediakan.

9. lakukalah umrah pada bulan Ramadan Al-mubrak,maka sesungguhnya satu umrah pada bulan Ramadan itu menyamai satu ibadat haji.

10.segeralah berbuka puasa sesudah tahqiq(yakin) jatuhnya (ghurub) matahari.

11.bermandilah junub  sebelum terbit fajar kerana menunaikan ibadat dalam keadaan suci(taharah)dan bersih  itu wajib.

12.menggunakan peluang yang baik dibulan Ramadan ini dengan mengerjakan Sesuatu kerja yang mendatangkan kebaikan dan faedah,seperti membaca Al-Quranul-karim dengan tadbbur(berusaha memahami makna dan pengertiannya) dan serta melakukan penyelidikan dan berfikir.


13. peliharalah anggota badanmu,dengan mengawal lisan daripada berkata perkara-perkara yang dusta seperti: mengutuk,menggumpat,memaki,mengkeji dan berzina.kerana sesungguhnya ianya mengurangkan pahala kita dibulan Ramadan.

14. banyakanlah dengan berzikir ,istiqhfar dan memohon syurga serta kelepasan daripada api neraka dibulan Ramadan dengan berdoa bersungguh-sungguh semoga diberi keampunan.Istimewa ketika anda sedang berpuasa dan ketika berbuka dan juga semasa bersahur ,maka waktu itulah diantara sebab-sebab keampunan yang mudah diperkenankan.

15. betaubatkan kepada allah dengan bertubat Nasuha pada setiap waktu,dan kita perlu meninggalkan perkara makisat serta melahirkan  rasa penyelesaian diatas apa yang kita lakukan pada masa lampau dan berazam untuk meningglkan perbuatan yang keji itu.

16.Berpuasalah pada enam hari daripad bulan Syawal.sesiapa yang berpuasa Ramadan dan diiringgi dengan puasa enam hari daripada bulan Syawal,sesungguhnya seolah-olah ia berpua satu tahun

Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

niat puasa enam :




17.berpuasalah hari Arafah,iaitu hari yang kesembilan daripada bulan Zulhijjah,agar mendapat kelulusan dengan tebusan/kirafat dosa-dosa pada tahun sebelumnya serta tahun yang bakal datang.

18. puasalah pada hari Asyura,itu pada hari 10 Muharram juga hari ke sembilannya,bagi mendapat kelulusan dengan tebusan/kirafat dosa-dosa di sepanjang tahun.

19.sentiasa mengukuhkan keimanan kita dan ketakwaan sekali gus amalan soleh berterusan sesudah Ramadan hinggalah engkau meninggal dunia
]
Firmn allah:






KOPONEN BINAAN PUASA.





KOPONEN BINAAN PUASA.


Sunday, June 15, 2014

PERUBATAN ISLAM UNTUK MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT JASMANI DAN ROHANI

SURAH BERUBAT

Abu Bakar r.a. berkata,"aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda.

"mintalah kepada allah keyakinan dan kesihatan (afiat).kerana tidak ada perkara yang lebih baik setelah keyakinan,kecuali kesihatan."(HR.Bukhari 4:62, 9:105,Abu Daud bab jihad:935,Al-Tirmizi No 3595,ahmad 1:3,8)

Saturday, August 24, 2013

Fatwa seluruh ulama Al-Azhar menghukum Wahhabiyah Salafiyyah sebagai sesat dan Khawarij zaman moden. Syeikh2 Al-Azhar turut berikrar akan mempertahankn akidah ASWJ Al Asya'irah dan sufi yg benar.


Tuesday, August 6, 2013

WAHHABI SAMA MCM SYIAH TUDUH ISTERI NABI BERZINA BYK KALI. (edisi kantoi wahhabi memang geng syiah)

WAHHABI SAMA MCM SYIAH TUDUH ISTERI NABI BERZINA BYK KALI. (edisi kantoi wahhabi memang geng syiah)


Syiah kerap memperendah martabat isteri2 Nabi Muhammad serta menghina ibu org mukmin ini terutama mangsa kutukan dan tuduhan zina keatas Sayyidah 'Aisyah Bint Abu Bakar isteri kesayangan Nabi dan antara wanita yg termulia didunia yg diakui Nabi sendiri.

Waktu yg sama para penuntut kebenaran usah alpa dan buat2 lupa bhw Wahhabi juga turut menyumbang saham yg besar dlm menghina Sayyidah 'Aisyah radhiyallahu 'anha.
Terlalu byk kenyataan rasmi yg jelas drpd firqah Musyabbihah ini yg mengharuskan ZINA dilakukan oleh isteri Nabi iaitu Sayyidah 'Aisyah serta meenghina dan memperlekehkan beliau.

Antaranya Al Albani Wahhabi yg merupakan tuhan utama sembahan wahhabi mendakwa kononnya: Isteri2 Nabi Muhammad terutama 'Aisyah harus dan mungkin melakukan ZINA. rujuk bukunya Silsilah Ahadith Sohihah seperti dlm gambar teksnya dan jelas dlm kenyataan tersebut juga Al Albani menyanggah Ibnu Kathir pabila Ibnu Kathir menyatakan kemaksuman Saiyyidah 'Aisyah dlm melakukan zina telah jelas dr byk hadith ijmak ulama dan ayat2 quran lalu Al Albani juga menyanggah kenyataan trsebut.

Apakah yg dimahukan oleh Al Albaniy Wahhabi ini drpd Sayyidah 'Aisyah sehingga sanggup mengiyakan dan mengharuskan serta memungkinkan PENZINAAN boleh dilakukan oleh Saiyyidah 'Aisyah?!

Bukankah ini cara Syiah menghina isteri2 baginda Nabi? Bukankah byk ayat Quran yg menjelaskan kesucian isteri2 Nabi dan isteri2 Nabi juga disebut dlm quran sebagai Ibu Orang Mukmin. Sanggupkah kita menyatakan kpd ibu2 kita itu mungkin melakukan zina sebelum mahupun selepas ayat quran menjelaskan lebih rapi lagi bhw mrk tidak berzina?!

Oleh krn Wahhabi dan Syiah menghina isteri2 Nabi dan menuduh ZINA maka kami panjatkan doa ini...Laknat Allah keatas Wahhabi dan Syiah! Laknat Allah keatas Wahhabi dan Syiah. ucaplah aamin...
sebarkan

Thursday, July 11, 2013

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Menjelaskan Tentang Wahabi atau Salafi

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Menjelaskan Tentang Wahabi atau Salafi



Kadang-kala, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ada memanggil golongan pengaku salafi ini sebagai wahabi juga sepertimana dalam satu wawancara di mana beliau berkata:

من كفر السلفية أو الوهابية من كفر الصوفية من كفر الشيعة هذا موجود فعلا
Maksudnya: “Ada orang yang mengkafirkan As-Salafiyyah atau Al-Wahhabiyyah, ada orang yang mengkafirkan Sufiyyah dan ada orang yang mengkafirkan Syiah. Ini memang berlaku secara realitinya”.


Perkembangan Wahabi

Beliau menulis dalam kitabnya berjudul “Ummatuna Bain Qarnain”:

“Dan di Al-Mamlakah Al-Arabiyyah As-Saudiyyah (Republik Arab Saudi) muncul gerakan As-Salafiyyah yang mengajak kepada Tauhid yang berunsurkan tiga unsur iaitu: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Al-Asma’ wa As-Shifat. Mereka menumpukan usaha untuk membebaskan tauhid daripada khurafat (menurut mereka), syirik (menurut mereka), quburiyat (menurut mereka) dan mengingkari ta’wil. Mereka terlalu keras (tasyaddud) dalam ingkar terhadap mereka yang menta’wilkan sifat-sifat Allah yang dikhabarkan (padahal dalam bentuk zhanni ad-dilalah) dari kalangan para Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Mereka merujuk kepada turath Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Imam Ibn Al-Qayyim untuk menjadi rujukan dalam dakwah dan perdebatan begitu juga daripada turath Mujaddid Al-Jazirah Sheikh Muhammad Abdul Wahab.

“Bagi gerakan (pemikiran) ini juga ada pengaruhnya yang berkembang di Mesir yang dikembangkan oleh Sheikh Muhammad Hamid Al-Fiqi dan Jemaah Anshar As-Sunnah, di Syam oleh Al-Muhaddith Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, di India dan Pakistan oleh jemaah Ahli Hadith (Lihat isyarat Dr. Al-Qaradhawi tentang perkembangan Wahabi/pengaku Salafi di negara-negara berikut- penulis). Kebanyakan mereka dikenali sebagai golongan Mutasyaddid (keras) dalam masalah furu’ (cabang), berpegang kepada Zahir (nas), kurang melihat Maqasid Syari’iyyah, kurang melihat perubahan masa dan tempat, sibuk dalam perkara-perkara khilaf berbanding perkara-perkara yang disepakati dan mereka dalam zaman kita ini lebih dari satu kelompok (banyak jenis).

“Antara mereka (pengaku salafi) adalah golongan Al-Jamiyyun di Madinah Munawwarah -Rabi’e Al-Madkhali dan pengikutnya- yang mana mereka mengisytiharkan perang kepada semua pihak yang berbeza (pemikiran) dengan mereka samada golongan terdahulu (ulama’ silam) mahupun golongan yang yang hidup sezaman dengan mereka. Tiada seorangpun yang sejahtera daripada serangan mereka termasuklah Imam An-Nawawi dan Al-Hafiz Ibn Hajar dan sebagainya, apatah lagi para ulama’ sezaman dengan mereka seperti Imam Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Al-Maududi, Al-Ghazali, Fahmi Huwaidi, Muhammad Immarah, Yusuf Al-Qaradhawi (dirinya sendiri) dan sebagainya yang tidak mengikut manhaj Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Al-Qayyim.

“Antara mereka dikenali sebagai As-Salafiyyun Al-Judud yang mereka juga dinamakan sebagai As-Sururiyyun… Antara mereka adalah seperti Sheikh Fahd Sulaiman Al-‘Audah, Safr Al-Hawali dan Aidh Al-Qarni.

“Sebahagian mereka (pengaku salafi) sangat kagum kepada Sheikh ibn Baz rhl, Sheikh Ibn Uthaimin dan ulama’-ulama’ Saudi lalu mereka ini menganggap hanya ulama’-ulama’ tersebut sahaja rujukan utama (dalam agama) buat mereka, dan mereka tidak menerima ilmu melainkan selain daripada mereka (ulama’ Saudi).

“Sebahagian daripada mereka (pengaku salafi) mengikut Sheikh Al-Albani dan bertaqlid dengan mazhabnya. Tatkala dia (Al-Albani) mengingkari (taqlid) mazhab-mazhab yang sedia ada (mazhab imam empat) namun dalam masa yang sama mereka (pengikut Al-Albani dari kalangan pengaku Salafi) menjadikannya (pemikiran dan manhajnya) sebagai mazhab kelima… Sebahagian daripada mereka…dan sebahagian daripada mereka (maksudnya banyak lagi pecahan, sudah sampai ke Nusantara pun ada)”. [m/s: 73-74]

Wahabi Sebagai Madrasah Satu Pendapat Sahaja

Janganlah menyangka bahawa saya (Al-Qaradhawi) mengingkari ke atas mereka (pengaku salafi) pada dakwah mereka agar mengikut nas, atau ijtihad mereka dalam memahami nas, kerana ianya adalah hak setiap muslim yang sudah mencapai syarat berijtihad dan alat-alat ijtihad. Maka, tiada seseorangpun boleh menutup pintu ijtihad yang dibuka oleh Rasulullah s.a.w. kepada Ummah.

Tetapi saya mengingkari mereka (pengaku salafi aka wahabi) kebiadaban (keterlampauan) mereka terhadap manhaj ulama’ Islam, memperkecilkan fiqh yang telah diwarisi (fiqh empat mazhab), dakwaan mereka yang berjela-jela tentang merekalah satu-satunya yang benar sedangkan selain daripada mereka salah dan sesat, khayalan mereka bahawa dengan upaya mereka untuk melenyapkan khilaf dapat menyatukan manusia dalam satu pandangan iaitulah pandangan mereka”.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata lagi:

Seorang pelajar yang ikhlas dari kalangan madrasah ini (pengaku salafi) iaitu madrasah “satu pendapat”: “Mengapa semua manusia tidak mahu bersatu terhadap suatu pendapat yang mempunyai sandaran nas?”

Maka saya menjawab: “Nas itu sendiri perlulah sahih (dari sudut sanad) dan diterima oleh seluruhnya (ulama’). Bahkan, Nas tersebut juga mestilah bersifat maknanya jelas/putus terhadap makna yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. (shorih ad-dilalah). Bahkan, Nas tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan nas yang lebih kuat dari kalangan nas-nas syariah samada yang cabang mahupun yang menyeluruh. Kadang-kala, berlaku di mana sesuatu nas itu sahih di sisi seseorang ulama’ dan dha’if di sisi ulama’ yang lain. Kadang-kala juga hadith itu sahih tetapi maknanya tidak jelas terhadap maksud yang disampaikan dalam nas tersebut. Boleh jadi sesuatu nas itu umum menurut seorang ulama’ dan si sisi ulama’ lain ianya bersifat khusus. Boleh jadi sesuatu nas itu mutlak di sisi seseorang ulama’ sedangkan di sisi ulama’ lain ianya bersifat muqoyyad (tergantung kepada sesuatu pergantungan). Boleh jadi juga sesuatu nas itu menunjukkan hukum wajib atau haram di sisi seseorang ulama’ sedangkan di sisi ulama’ lain, ianya menunjukkan hukum sunat/mustahab atau makruh. Sebahagian ulama’ mungkin menilai sesuatu nas itu muhkam (dihukumkan dengannya) sedangkan sebahagian ulama’ lain menilainya sebagai mansukh (tidak lagi diamalkan dengannya)…”

Antara Ciri-ciri Zhahiriyyah Al-Judud: Hanya Ikut Hadith Sahih menurut Ukuran Mereka secara Literal

Dalam satu wacana, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah membincangkan tentang golongan perpegang dengan zahir hadith dan hanya guna hadith sahih sahaja.

Moderator rancangan tersebut bertanya kepada Dr. Al-Qaradhawi:

“Kamu telah menyebut tentang Maqasid Ammah bagi pensyariatan syariat Islam (Maqasid Ammah Li At-Tasyri’e), tetapi di sana ada suatu fenomena di mana boleh kita namakan sebagai ahl-hadith judud (moden), yang mana kebiasaannya mereka sekadar ingin mengamalkan hadith yang benar-benar sahih sahaja, yang tiada kecelaan (sanad)nya.”

Al-Qaradhawi menjawab:

“Mereka itulah yang kami namakan sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud ia (kumpulan tersebut) hanya tertumpu kepada zahir (nas) dan kepada harfiyyah (secara literal)”.
Rujukan:

Kepincangan Golongan Ini di Sisi Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Pertama: Kejumudan dan Tidak Mengutamakan Apa yang Lebih Utama

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata:

“(Antara kumpulan dalam kebangkitan Islam) Ketiga: Kumpulan atau golongan jenis Tasyaddud (keras) dan Jumud yang membekukan kefahaman Islam. Maka, saya telah namakan mereka sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud. Di sana ada golongan Zhahiriyyah Qudama (silam) seperti Daud dan Ibn Hazm tetapi mereka mempunyai ilmu yang luas. Adapun mereka (Az-Zhahiriyyah Al-Judud), mereka tidak memiliki ilmu golongan Zhahiriyyah, tetapi memiliki kejumudan golongan Zhahiriyyah dan Tasyaddud (kekerasan) golongan Zhahiriyyah. Mereka lebih mengutamakan bentuk daripada intipati sesuatu, lebih sibuk mengutamakan perkara-perkara khilaf daripada perkara yang disepakati, mereka mengutamakan usaha negatif (menyalahkan, membid’ahkan meruntuhkan sesuatu tradisi) daripada usaha positif (membina, progresif, pro-akfif dan sebagainya). Mereka lebih mengutamakan membahaskan perkara-perkara sunat berbanding yang wajib…
Rujukan:

Kedua: Mendalami Perbahasan Hadith tanpa Kefahaman Sahih

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata:

"Madrasah Nashiyyah Harfiyyah ini, yang mana saya namakan mereka sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud, kebanyakan mereka dari kalangan orang yang sibuk dengan hadith (membahaskan kedudukan hadith dan matan zahirnya) tetapi tidak menguasai kefahaman (fiqh) dan usul (asas) fiqh (kefahaman syariat), mereka tidak mengetahui sebab-sebab para ulama’ berbeza pendapat dan hujah mereka dalam istinbath (penggalian hukum), mereka hampir tidak mementingkan Maqasid Syar’iyyah dan faktor di sebalik ketentuan hukum, tidak merai maslahat, perubahan fatwa dengan perubahan masa, tempat dan keadaan”.
Sumber:

Monday, July 8, 2013

kami senaraikan nama-nama penulis buku agama yang membawa virus wahhabi. Sila teliti buku-buku agama agar tidak terbeli buku yang ditulis oleh pembawa virus wahhabi dari Malaysi



Atas permintaan sahabat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, kami senaraikan nama-nama penulis buku agama yang membawa virus wahhabi. Sila teliti buku-buku agama agar tidak terbeli buku yang ditulis oleh pembawa virus wahhabi dari Malaysia : 

1. Dr Asri Zainal Abidin (pendedahan sudah banyak dijelaskan dalam page ini, yang tak tahu cari dan selidik. Sebarang komen penuduhan, malas menyelidik tidak akan dilayan)

Antara jawapan dari asatizah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah mengkritik Dr Asri Zainal Abidin dan menolak artikelnya yang berisikan pengkafiran, syirik, bid'ah sesat, melekehkan para ulamak, institusi pondok, memfitnah mufti di Malaysia :http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.0


2. Hafiz Firdaus - antara pendokong Hairi Nonchi, 'berfatwa' wanita boleh melacur dalam keadaan darurat. Menyatakan Asya'iroh sama dengan fahaman jahmiyah. 
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=285689631496185&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340472.&type=3&theater

3. Azwira Aziz - menghukum syirik umat Islam yang berselawat syifa'

4. Juanda Jaya - mengkafirkan asya'iroh dalam khutbah Jumaat di Perlis
rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=443229679075512&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340304.&type=3&theater

5. Rasul Dahri - mengatakan asya'iroh kekal dalam neraka, menipu atas nama Imam Asy Syafie. Bukunya diharamkan oleh Jakim. Banyak kali ditangkap oleh Jabatan Agama Johor kerana menyebarkan fahaman wahhabi. 
Rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=218832848181864&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340616.&type=3&theater

6. Hairi Nonchi - cikgu Sabah bukan takhassus ilmu agama, rajin belajar dari buku wahhabi dan menulis juga buku agama berkaitan aqidah dan hukum hakam. Pernah mengkafirkan Habib Ali Al Jufri, mengeluarkan fatwa tiada dalil sertu apabila terkena najis khinzir. Individu yang terlibat dalam mencari-cari kesalahan habaib dengan tujuan untuk memburuk-burukkan ahlu bait. 
Membawa virus mujassimah dan musyabbihah - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=414999108565236&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340312.&type=3&theater


7. Fikri Alamghiri a.k.a Mohd Fikri bin Che Hussin. Membuat fitnah pembohongan terhadap ahli tasawwuf, menghukum sesat terhadap tasawwuf. 
rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=253207064744442&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340472.&type=3&theater

8. Muhammad Asrie Sobrie - mengkafirkan ulamak makkah seperti Sheikh Muhammad Alawi al Maliki, Habib Umar, Syeikh Zein Sumaith. 
rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=473865299345283&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340169.&type=3&theater

9. Emran Ahmad - mengkafirkan ahli sufi. menghukum syirik bertawassul sekaligus mengkafirkan para sahabat, salafussoleh yang melakukannya :
rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=444376842294129&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340304.&type=3&theater


10. Abdul Qadir al Jawas - penulis Indonesia yang mengkafirkan Ulamak dan umat Islam tanpa haq. 
lihat bukunya : 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1284540271345&set=o.111506672207176&type=3&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1284540271345&set=o.111506672207176&type=3&theater

Penulis wahhabi ini telah dikritik oleh Habib Rizieq Shihab (Front Pembela Islam Indonesia)

Lihat : http://www.youtube.com/watch?v=hlCdzVo8Ueo

Video klip ini ada 4 bahagian kesemuanya. 
Hairi Nonchi banyak mengambil rujukan dari wahhabi Indonesia ini termasuk juga tulisan Hafiz Firdaus. 

11. Mohd Yaakub bin Mohd Yunus - mengkafirkan ulamak dan umat Islam yang menyambut maulidur rasul. Dan membid'ahkan amalan ibadah yang ada sandaran dari al Quran dan al hadith. 
Rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=225640650791588&set=pb.122861801069474.-2207520000.1373341855.&type=3&theater

Admin : Jika jumpa nama-nama ini di kedai buku, beritahu pada penjual buku (kadang-kadang mereka jual sahaja, tak tahu pun isinya) nama-nama ini penyebar fahaman ekstrimis yang suka pada perbahalahan, permusuhan, mengkafirkan majoriti ulamak dan umat Islam tanpa haq yang bertentangan dengan al Quran dan al Hadith serta ijmak. 

Peringatan dan larangan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengkafirkan umat Islam :

Dalam hadis, Rasulullah SAW menegaskan:
Jika seseorang berkata kepada saudaranya, "Wahai kafir!" Maka kekafiran itu akan kembali (menimpa) kepada salah seorang di antara keduanya. (riwayat Imam al Bukhari daripada Abu Hurairah RA)

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.


(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."

Na'uzubillahi min zalik.. 

Senarai nama ini akan diupdate lagi. sekiranya sahabat lain ada maklumat bolehlah berkongsi dengan kami. Terima kasih. Sila sebarkan !

Ibanah yang ada sekarang ini ada pelbagai versi, ada yang telah diubah dan ditambah oleh Wahhabi. Melalui penyelidikan sahabat kami dari Indonesia mendedahkan perkara ini dengan scan kitab dan muka surat kitab berkenaan : 

https://www.facebook.com/notes/ashfi-raihan/three-in-one-3-in-1-tiga-al-ib%C3%A2nah-satu-al-asyar%C3%AE-secercah-fakta-/407601107887