Thursday, June 19, 2014

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PUASA?



                            APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PUASA?
Puasa dari segi bahasda harfiyah ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu,samada makan minum dan sebagainya.
Sementara puasa dari segi aspek hukumsyarak ialah menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak dibenarkan dalam agama seperti makan,minum dan sebagianya bermula dari masa terbit fajar sadiq(subuh) hingga terbenam matahari iaitu pada waktu maghrib dengan berniat serta mematuhi pra-syarat tertentu.
Kepada umat islam yang sedang menjalankan ibadah puasa dinasihatkan agar selalu berbuat kebaikan dan menjaga hal-hal yang mungkin merosakkan pahala puasa.Mampu menambah rasa ketaqwaa kita kepada  Allah s.w.t kerana berpuasa mempunyai pelbagai rintangan dan cabaran .Andainya cabaran-cabaran terbabit dapat ditanggani,iainya banyak mempunyai pulangan berupa pahala dan maghfirah,janji daripada Allah.sebagaimana yang dijelaska oleh allah dalam firmanya


Cabaran amalan puasa
Sudaraku muslimin dan muslimat
1.puasalah Ramadan  dengan penuh keimanan dan keiklasan kerana allah taala,agar kita  mendapatkan keampunan  daripada segala dosa-dosa  yang  kita lakukan.

2.ingatlah bahawa jika engkau berbuka (tidak berpuasa) sehari daripada bulan Ramadan tanpa uzur,maka sesungguhnya ia termasuk dalam ketegori dosa-dosa besar.

3.hidupkanlah suasana malam-malam Ramadan,dengan solat terawih dan tahajud, Qiamullai . Kerana ada satu  malam yang paling Istimewa didalam bulan Ramadan  iaitu pada malam lailatul-Qadar dengan penuh keimanan dan keiklasan agar diampunkan bagimu dosa-dosamu yang lalu.

4.pastiknlah makanan,minuman dan pakaianmu adalah halal..Agar diterima segala amalanmu ,mustajab doamu serta waspadalah bahawa engkau berpuasa itu adalah amalan halal dan janganlah pula kemudiannya engkau berbuka dan bersahur dengan perkara-perkara yang haram.

5 hendklah engkau berbuka bersama-sama dengan sebahagian orng-orang yang berpuasa,untuk mendapatkan pahala seumpama pahala mereka.

6  peliharalah solat fardu yang lima waktu sehari semalam,seeloknya berjemaah di surau dan masjid,bagi mecapai pahala-pahalanya dan agar menerusinya engkau dipelihara oleh allah s.w.t.

7 banyakkanlah bersedekah.Maka sesungguhnya seafdal-afdal sedekah adalah sedekah di dalam bulan Ramadan.   

8.janganlah engkau mengsia-siakan masa yang disediakan,tanpa melakukan amalan soleh(kerja baik).Maka sesungguhnya  kita akan dipersoalkan  dan dihisab  mengenainya serta akan dibalas tentang apa yang engkau lakukan  pada waktu-waktu yang disediakan.

9. lakukalah umrah pada bulan Ramadan Al-mubrak,maka sesungguhnya satu umrah pada bulan Ramadan itu menyamai satu ibadat haji.

10.segeralah berbuka puasa sesudah tahqiq(yakin) jatuhnya (ghurub) matahari.

11.bermandilah junub  sebelum terbit fajar kerana menunaikan ibadat dalam keadaan suci(taharah)dan bersih  itu wajib.

12.menggunakan peluang yang baik dibulan Ramadan ini dengan mengerjakan Sesuatu kerja yang mendatangkan kebaikan dan faedah,seperti membaca Al-Quranul-karim dengan tadbbur(berusaha memahami makna dan pengertiannya) dan serta melakukan penyelidikan dan berfikir.


13. peliharalah anggota badanmu,dengan mengawal lisan daripada berkata perkara-perkara yang dusta seperti: mengutuk,menggumpat,memaki,mengkeji dan berzina.kerana sesungguhnya ianya mengurangkan pahala kita dibulan Ramadan.

14. banyakanlah dengan berzikir ,istiqhfar dan memohon syurga serta kelepasan daripada api neraka dibulan Ramadan dengan berdoa bersungguh-sungguh semoga diberi keampunan.Istimewa ketika anda sedang berpuasa dan ketika berbuka dan juga semasa bersahur ,maka waktu itulah diantara sebab-sebab keampunan yang mudah diperkenankan.

15. betaubatkan kepada allah dengan bertubat Nasuha pada setiap waktu,dan kita perlu meninggalkan perkara makisat serta melahirkan  rasa penyelesaian diatas apa yang kita lakukan pada masa lampau dan berazam untuk meningglkan perbuatan yang keji itu.

16.Berpuasalah pada enam hari daripad bulan Syawal.sesiapa yang berpuasa Ramadan dan diiringgi dengan puasa enam hari daripada bulan Syawal,sesungguhnya seolah-olah ia berpua satu tahun

Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

niat puasa enam :




17.berpuasalah hari Arafah,iaitu hari yang kesembilan daripada bulan Zulhijjah,agar mendapat kelulusan dengan tebusan/kirafat dosa-dosa pada tahun sebelumnya serta tahun yang bakal datang.

18. puasalah pada hari Asyura,itu pada hari 10 Muharram juga hari ke sembilannya,bagi mendapat kelulusan dengan tebusan/kirafat dosa-dosa di sepanjang tahun.

19.sentiasa mengukuhkan keimanan kita dan ketakwaan sekali gus amalan soleh berterusan sesudah Ramadan hinggalah engkau meninggal dunia
]
Firmn allah:






KOPONEN BINAAN PUASA.





KOPONEN BINAAN PUASA.


Sunday, June 15, 2014

PERUBATAN ISLAM UNTUK MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT JASMANI DAN ROHANI

SURAH BERUBAT

Abu Bakar r.a. berkata,"aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda.

"mintalah kepada allah keyakinan dan kesihatan (afiat).kerana tidak ada perkara yang lebih baik setelah keyakinan,kecuali kesihatan."(HR.Bukhari 4:62, 9:105,Abu Daud bab jihad:935,Al-Tirmizi No 3595,ahmad 1:3,8)