APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PUASA?
Puasa dari segi bahasda harfiyah ialah menahan diri daripada
melakukan sesuatu,samada makan minum dan sebagainya.
Sementara puasa dari segi aspek hukumsyarak ialah menahan
diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak dibenarkan dalam agama
seperti makan,minum dan sebagianya bermula dari masa terbit fajar sadiq(subuh)
hingga terbenam matahari iaitu pada waktu maghrib dengan berniat serta mematuhi
pra-syarat tertentu.
Kepada umat islam yang sedang menjalankan ibadah
puasa dinasihatkan agar selalu berbuat kebaikan dan menjaga hal-hal yang
mungkin merosakkan pahala puasa.Mampu menambah rasa ketaqwaa kita kepada Allah s.w.t kerana berpuasa mempunyai pelbagai
rintangan dan cabaran .Andainya cabaran-cabaran terbabit dapat ditanggani,iainya
banyak mempunyai pulangan berupa pahala dan maghfirah,janji daripada Allah.sebagaimana
yang dijelaska oleh allah dalam firmanya
Cabaran amalan puasa
Sudaraku muslimin dan muslimat
1.puasalah Ramadan dengan
penuh keimanan dan keiklasan kerana allah taala,agar kita mendapatkan keampunan daripada segala dosa-dosa yang kita lakukan.
2.ingatlah bahawa jika engkau berbuka (tidak berpuasa)
sehari daripada bulan Ramadan tanpa uzur,maka sesungguhnya ia termasuk dalam
ketegori dosa-dosa besar.
3.hidupkanlah suasana malam-malam Ramadan,dengan solat
terawih dan tahajud, Qiamullai . Kerana ada satu malam yang paling Istimewa didalam bulan Ramadan
iaitu pada malam lailatul-Qadar dengan
penuh keimanan dan keiklasan agar diampunkan bagimu dosa-dosamu yang lalu.
4.pastiknlah makanan,minuman dan pakaianmu adalah
halal..Agar diterima segala amalanmu ,mustajab doamu serta waspadalah bahawa
engkau berpuasa itu adalah amalan halal dan janganlah pula kemudiannya engkau
berbuka dan bersahur dengan perkara-perkara yang haram.
5 hendklah engkau berbuka bersama-sama dengan sebahagian
orng-orang yang berpuasa,untuk mendapatkan pahala seumpama pahala mereka.
6 peliharalah solat
fardu yang lima waktu sehari semalam,seeloknya berjemaah di surau dan masjid,bagi
mecapai pahala-pahalanya dan agar menerusinya engkau dipelihara oleh allah
s.w.t.
7 banyakkanlah bersedekah.Maka sesungguhnya seafdal-afdal
sedekah adalah sedekah di dalam bulan Ramadan.
8.janganlah engkau mengsia-siakan masa yang disediakan,tanpa
melakukan amalan soleh(kerja baik).Maka sesungguhnya kita akan dipersoalkan dan dihisab
mengenainya serta akan dibalas tentang apa yang engkau lakukan pada waktu-waktu yang disediakan.
9. lakukalah umrah pada bulan Ramadan Al-mubrak,maka
sesungguhnya satu umrah pada bulan Ramadan itu menyamai satu ibadat haji.
10.segeralah berbuka
puasa sesudah tahqiq(yakin) jatuhnya (ghurub) matahari.
11.bermandilah junub
sebelum terbit fajar kerana menunaikan ibadat dalam keadaan
suci(taharah)dan bersih itu wajib.
12.menggunakan peluang yang baik dibulan Ramadan ini dengan
mengerjakan Sesuatu kerja yang mendatangkan kebaikan dan faedah,seperti membaca
Al-Quranul-karim dengan tadbbur(berusaha memahami makna dan pengertiannya) dan
serta melakukan penyelidikan dan berfikir.
13. peliharalah anggota badanmu,dengan mengawal lisan
daripada berkata perkara-perkara yang dusta seperti: mengutuk,menggumpat,memaki,mengkeji
dan berzina.kerana sesungguhnya ianya mengurangkan pahala kita dibulan Ramadan.
14. banyakanlah dengan berzikir ,istiqhfar dan memohon
syurga serta kelepasan daripada api neraka dibulan Ramadan dengan berdoa
bersungguh-sungguh semoga diberi keampunan.Istimewa ketika anda sedang berpuasa
dan ketika berbuka dan juga semasa bersahur ,maka waktu itulah diantara
sebab-sebab keampunan yang mudah diperkenankan.
15. betaubatkan kepada allah dengan bertubat Nasuha pada
setiap waktu,dan kita perlu meninggalkan perkara makisat serta melahirkan rasa penyelesaian diatas apa yang kita lakukan
pada masa lampau dan berazam untuk meningglkan perbuatan yang keji itu.
16.Berpuasalah pada enam hari daripad bulan
Syawal.sesiapa yang berpuasa Ramadan dan diiringgi dengan puasa enam hari
daripada bulan Syawal,sesungguhnya seolah-olah ia berpua satu tahun
Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari
pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” –
(Riwayat Muslim)
niat puasa enam :
17.berpuasalah hari Arafah,iaitu hari yang kesembilan
daripada bulan Zulhijjah,agar mendapat kelulusan dengan tebusan/kirafat
dosa-dosa pada tahun sebelumnya serta tahun yang bakal datang.
18. puasalah pada hari Asyura,itu pada hari 10 Muharram juga
hari ke sembilannya,bagi mendapat kelulusan dengan tebusan/kirafat dosa-dosa di
sepanjang tahun.
19.sentiasa mengukuhkan keimanan kita dan ketakwaan
sekali gus amalan soleh berterusan sesudah Ramadan hinggalah engkau meninggal
dunia
]
Firmn allah:
No comments:
Post a Comment